22 Mei 2015

Hand phone Case Macam-Macam Ada

Salam semua.. pagi ni Tini baru ada idea nak tulis blog. Dah berapa lama tak update blog sampai pengunjung pon dah tak de waaaa... sob..sob.. 

Hari ni Tini nak kongsi ngan rakan- rakan blogger semua yang mana dah tau tak pelah.. tapi yang mana tak tau lagi ha.. meh sini rapat..rapatt Tini nak kongsi sikit ngan korang semua.

Korang tau.. Tini peminat Tegar hand phone Sony. Hand phone lain jangan cakaplah.. cuma jeling-jeling je nak tengok hahahaha.. Hand phone Sony ni bagi Tini best dari segi walkman dia.. camera dia..pehh tapi yang paling menyedihkan hand phone ni payah nak dapat casing, tu yang sakit ati.. cemburu tengok orang pakai Samsung, I-Phone casing comel-comel.. Nasib baik ada Be Your Phone Cases so tak yah la risau hehehe.

Kat Sini ada bermacam-macam model hand phone ada, ha korang tengok la model hand phone pe.. yang korang berkenan. Just pm kat inbox dia. 

cth mcm ni..


ni xperia pnya casing.. 


Ni pulak antara contoh model hand phone yang ada..


ok yang ni pulak casing ynag Tini dah beli huhuhu...

so meh le reramai pi kat facebook be your phone cases







20 Mac 2015

SUPER DADDY YEOL KOREAN DRAMA


Salam, Hai korang semua ni Tinie nak bagitau blogger2 yang minat dengan drama Korea.. ha drama baru dah keluar.. huhu SUPER DADDY YEOL yang diadaptasikan dari komik Super Daddy 10.

meh.. meh.. nak cite Cha Mi Re adalah seorang doktor dan merupakan seorang ibu tunggal 
pada suatu hari dia pengsan dan dia disahkan mengalami kanser. Dia mempunyai masa selama 1 tahun untuk hidup. Han Yeol pulak adalah pemain baseball yang terkenal, dia adalah bekas teman lelaki Cha Mi Rea.
Cha Mi Rea merasakan Han Yeol boleh mejadi bapa terbaik untuk anak perempuannya.

Pelakon nye adalah : 


Lee Dong Gun - Han Yeol
Lee Yoo Ri - Cha Mi Rea
Lee Re Cha Sa Rang


Ditayangkan setiap jumaat dan sabtu , so korang boleh tengok yang ada sub di fastdrama..
selamat menonton!!


23 Januari 2015

Kawaii Shopping Mall

Salam Semua.. Hari ni Tini nak berkongsi pasal barang- barang kawaiiii hehehe yg kuit miut kalau korang nk cari. Ha korang boleh KLIK Avenue86.
Contoh barang yang dia jual seperti di bawah :










11 November 2014

Birth of a Beauty Korean Drama

Salam semua.. Hari ni tini nak kongsi ngan rakan bloger semua drama baru SBS. Birth of a Beauty. Macam menarik je tajuk cerita ni kan.. huhu.. Hero tini Joo Sang Wook berlakon lagi lepas Cunning Single Lady,


Sumber Soompi

Membariskan para pelakon yang hebat.. anataranya Joo sang Wook, Han Ye Seul, Jung Gyu Woon dan Wang Ji Hye.

Cerita ini mengisahkan Sa Geum Ran (Han Ye Seul) seorang wanita berbadan gempal yang sudah berkeluarga. Sa Geum Ran hidup menderita kerana selalu dibuli keluarga mertuanya. Pada satu hari, dia berasa pelik kerana suaminya yang berkerja di luar negara sebenarnya menetap di sebuah hotel di Korea. Untuk mendapatkan kepastian Sa Guem Ran telah pergi ke hotel yang diduduki suaminya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati suaminya Lee Gang Joon (Jung Gyu Woon) mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Sa Geum Ran berasa amat sedih lalu melarikan diri..Semasa dalam perjalanan dia telah terlibat dalam kemalangan, nasibnya agak baik apabila dia terselamat dalam kemalangan. Sa Geum Ran nekad bertemu dengan pakar pembedahan plastik. Disitu dia telah berjumpa Han Tae Hee ( Joo Sang Wook) seorang doktor pembedahan plastik.

Ha.. cukup sudah.. jom kite layan cerita ni.. pada setiap Sabtu dan Ahad.

24 Oktober 2014

Japanese Drama

Salam.. semua.. hihihi lama tak berblogger, almaklumlah kerja tengah menimbun so x leh la nak update blog.
Sekarang baru ada masa nak coret- coret sikit. Ermm..buat masa ni drama Korea tengah meletup-letup kan dengan variatey shownya lagi hahaha..Kali ni tak mau cerita pasal Korea.. Tini nak korang semua imbas kembali zaman kegemilangan drama Jepun.. cewah...

Korang mesti pernah tengok drama With Love, Long Vacation, Ice World, Beach Boys, Narita Rikon, Orange Day, GTO bla.. bla.. eh kalau cakap nama tajuk tak abis lagi ni hehehehe.. Tini sebenarnya tengah mencari satu lagu yang betol2 terngia-ngia kat telinga.. hari ni baru dapat yepee bestnya dipetik dari drama omiai kekkon tajuk lagu Sakura No Ame. 

Jom kita imbas kembali..











Long Vacation drama tahun 1996. Tak silap Tini drama ni pasal percintaan perempuan yang sudah berumur dengan lelaki muda. Lagu tema La La La Love Song by Toshinobu Kubota with Naomi Campbell.











Tomodachi no koibito ataupun Friends Lover. Mengisahkan percintaan tiga segi. Drama ni dimainkan pada tahun 1997.. tak silap Tini yang nilah drama yang first sekali tini tengok.. kui.. kui.. Lagu tema Four Trips by Wonder













Narita Rikon ataupon Narita Divorce. Drama pada tahun 1997 yang dilakokan oleh Asaka Seto dan Kusanagi Tsuyoshi.. Drama ni lawak sungguh.. nak bercerai tapi tak jugak bercerai hehe..Lagu tema Sunny Day Holiday" by Matsutoya Yumi











Beach Boys drama tahun 1997.. Menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Takashi Somarichi, Yutaka Takenouchi dan Ryoko Hirosue. Lagu tema Forever by Sorimachi Takashi & Richie Sambora.












Drama With Love.. sape yang tak tahukan "Teru.. teru bozu".. Drama ni pernah dimainkan di TV3.. Drama ni diamiankan pada 1998 dan lagu tema dia Destiny by My Little Lover.











Drama Ice World ataupun Koori No Sekai. Cerita ni lebih kepada penyiasatan.. Tini tak berapa ingat drama ni.. Drama ni tayangkan pada 1999. Lagu Tema Diamond Dust by Himuro Kyosuke













Perfect Love.. yeahhh Hero pujaan hati hehhe Fukuyama Masaharu. Drama tahun 1999.Mengisahkan Kusunoki Taketo seorang doktor gigi yang playboy.. berjumpa denga Chigusa seorang perempuan yang mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan lelaki kaya.  Lagu Tema Koko dewa nai Dokoka e by GLAY dan Eiko Matsumoto Squall.









Omiai Kekkon ataupun Arranged Marriage. Drama tahun 2001. Mengisahkan Nakatani Setsuko seorang stewardess yang berhenti kerja untuk berkahwin dengan teman lelakinya. Tetapi keluarga nya ingin menjodohkan dia dengan seseorang yang tidak dikenali. Lagu tema Sakura no Ame Itsuka by Matsu Takako














Dekichatta Kekkon ataupun Shotgun Marriage. Drama ditayangkan pada tahun 2001.Masa tu budak perempuan ni boleh tahan popular la jugak Hirosue Ryoko. Drama mengisahkan Chiyo (20) menyukai seorang lelaki bernama Ryunosuke (30). Drama ni pun best jugak.. Lagu Tema "Is it you?" by hitomi


02 Oktober 2014

Busy dengan kerja.. Pening kepala dengan harga minyak naik

Salam semua.. erm dah lama benar Tini tak berblogger ni almaklumlah kerja tengah banyak.. waa... yelah bos dah start nak claim.wangkan.. x da wang tak da gaji erk....


Gaji baru je naik bulan lepas dahhh pulak bulan 10 ni harga minyak naik aduhhh pening kepala tini.. waaaaaaa.... hahaha tapi apa nak buat KITA REDHA jela... ermm.. dahla nak sambung wat kerja balik.
Adios amigos.. 

17 September 2014

Senarai nama Pemenang GA Tinie yang Ke-2

Salam.. hahaha cakap nak bagtau nama pemenang pukul 3 tapi tak sempat pulak, banyak kerja dekat ofic so Tini bagitu nombor .. macamana nak tau menang  ke dak boleh klik link SENARAI PERSERTA GA..
yang menang tu tahniah.. yang tak berjaya tu cuba lagi hehe.. ok

Pemenang GA Tinie yg ke -2

1.
5.
6.
9.
10.
11.

diminta untuk memberikan nama, alamat lengkap ke syutinie@gmail.com