30 September 2011

My novel... tak siap..













KARTINI RAHIM




Sinopsis

Aiman lelaki dambaan wanita, kacak bergaya namun mempunyai perasaan ego yang tinggi.
NurAlia indah sungguh namanya lemah lembut perwatakkannya, tapi kita tidak tahu disebalik perwatakkannya yang lembut itu dia mempunyai hati yang sangat keras dan susah untuk ditakluki kaum adam. Alia, gadis yang dipuja sejak menuntut di Universiti lagi. Dapatkah Aiman memiliki hati Alia setelah hati gadis itu dilukai berkali-kali

Cinta memerlukan pengorbanan,.











Bab 1




Angin bertiup dengan nyaman sekali pada waktu petang. Alia memandang keluar jendela yang terbuka luas, dia memerhatikan disekeliling kampong, sudah banyak perubahan. Dahulunya banyak hutan disekeliling rumah sekarang perumahan di sana sini.

“Alia.. apa yang dimenungkan tu, meh sini makan ubi rebus” Pelawa Mak Ngah sambil menatang dulang yang berisi ubi rebus dengan air kopi. Aroma air kopi sungguh membangkitkan lagi selera Alia untuk menjamah ubi rebus.

`Emm.. dah lama benar aku tak pekena ubi rebus ni..’ Bisik hati Alia.
“Mana Mak Ngah dapat ubi ni?” Tanya Alia sambil mulutnya mengunyah ubi rebus yang masih hangat.
“Mak Ngah tanam la.. siapa yang nak kasi Alia oii.. itu pun kalau Mak Ngah mintak baru la dapat he..he..” Mak Ngah menuang air kopi ke cawan Alia.
“Dah lama Alia tak balik sini, tengok tu dulu depan ni hutan.. sekarang dah ada rumah.” Ujar Mak Ngah sambil menjamah ibu rebus. Alia memandang Mak Ngah.
“Mak Ngah, sekejab lagi Alia nak ke kedai Ali. Nak beli berus gigi. Tadi cek balik dalam beg berus gigi terlupa bawa.” Pinta Alia kepada Mak Ngah Jariah.
“Hemm kamu ni cuai sungguh Alia!”




  “Aiman tolong mak boleh?’ Pinta Hajah Kamsiah kepada anak terunanya.. Aiman mengerling kerarah maknya.
“Emm. Dah tau dah nak suruh orang pergi kedai la tu.” Ujar Aiman lantas bangun mencapai bajunya. `Alah mak ni baru nak baca paper dah suruh pergi kedai potong stim betolla.’ Bisik hati Aiman.

“Aiman, catat apa yang mak nak beli ni.” Hajah Kamsiah mengambil sebatang pen dan sehelai kertas di dalam bekas pensil Noraini lalu di berikan kepada Aiman.
“la.. mak nak buat apa tulis, Aiman ingatla la mak, kan otak Aiman ni dual core he..he..he.”
“Apa benda yang dual core tu.. mak tak taulah cepat tulis kang kau lupa.” Pinta Hajah Kamsiah kepada anaknya.
“Alah mak cakap je.. Aiman ingat la.. cepat mak” Hajah Kamsiah mengeleng-geleng kepala.


Aiman berjalan kaki ke kedai Pak Abu. Sesampai sahaja di pertengahan jalan dia terserempak dengan seseorang yang amat dikenalinya.
‘Ermm.. macam kenal je minah ni?’ Dahi Aiman mula berkerut-kerut cuba mengingati siapakah gadis itu.

“Asslammualaikum, hai sorang je ker.. nama siapa?” Ujar Aiman seakan-akan mahu mengusik. Gadis itu memandang Aiman terkejut kerana di sapa.
‘Ehh.. macam kenal je mamat ni’ Kini giliran Alia pulak mengingati.
“Ha.. ini Alia ea..” Aiman sudah dapat mengingati gadis yang berada di depan matanya itu. “Wah bukan main cantik Alia sekarang. Hehehe .. kerja kat mana”? Ujar Aiman seakan hendak berbual.
“Erm.. dekat Kuala Lumpur” Balas Alia. Dia tidak senang dengan kehadiran Aiman.


Alia segera teringat kenangan pahitnya semasa di Kolej dimana dia telah melanjutkan pelajarannya. Disitulah dia mula mengenal Aiman. Seorang pelajar senior.

“Assalammualaikum, abang mintak tandatangan.” Ujar Alia sambil tangannya menghulurkan buku autograph. Aiman memandang Alia. Dalam kepalanya mula merancang sesuatu mahu mengenakan Alia pelajar junior.

‘Alah dan nama pun junior apa salahnya sesekali buli hehehe’ bisik hati Aiman nakal.
“Ha.. nak minta tandatangankan so.. aku nak kau jerit I love you kuat-kuat boleh?!” Ujar Aiman sambil memandang teman-temannya. Yang lain berpandangan sambil tersengih-sengih.
“Abang, tak ada benda lain ke selain jerit tu, saya malulah.” Balas Alia
‘Ehh.. kau nak tandatangan aku ke tak nak ni, banyak songel pulak dia.” Marah Aiman kepada Alia. Anak mata Aiman memandang tepat kearah Alia. Alia mula tunduk malu.
‘Alamak mamat ni tenung mata aku pulak.. aduhh lain macam pulak rasanya’
“Huh!” Alia terus berlalu meninggalkan Aiman bersama teman-temannya. mereka melihat Alia berlalu.
“Eh… Man kenapa kau buli dia, nanti kalau pensyarah tau habis kau.” Tukas Malik sambil memandang kearah Aiman.
“La.. suruh jerit je bukan aku suruh dia bogel pon.. apalah kau ni” Aiman memandang Malik semula.












Bab 2


“Aimannnnn.. heii sini kau!” Hajah Kamsiah memanggil anak terunanya. Aiman menghampiri emaknya sambil bersiul-siul gembira kerana telah berjumpa dengan Alia sebentar tadi.
Ada apa mak” Soal Aiman sambil memandang emaknya yang menghampirinya.
“ Tadi mak cakap apa, beli sabun mandikan, yang kau beli sabun feb ni buat apa.. rumah kita ni ada lagi sabun ni.. heii tulah dia kalau kita bercakap tak pernahnya dia nak ingat.. suruh tulis atas kertas malas. Ingat la sangat, last-last salah jugak.. hei budak ni ni kalau dah berbini nama bini sendiri pun kau tak ingat” Bebel Hajah Kamsiah kepada Aiman.

Aiman hanya tersengih memandang emaknya. Dia duduk di branda rumah sambil tanganya mencapai surat khabar yang terletak di atas meja kopi.
Apa yang dibaca di depannya kelihatan kabur sekali.. fikirannya melayang        kearah seorang gadis yang baru ditemuinya tadi. Dia tersenyum sendiri.
‘Harap-harap sebelum balik Kuala Lumpur boleh la aku jumpa dengan kau lagi Alia’ bisik hati Aiman.

           



“Alia.. tungguuu.. Aiman berlari mendapatkan Alia yang sudah jauh berada di depan. Alia memandang sekilas. Dia mempercepatkan langkah kakinya. Dia tidak suka kalau Aiman cuba mendekatinya. Dia memandang sekali lagi kebelakang, alangkah terkejutnya dia apabila Aiman sudah pun berada dibelakangnya.

“Abang nak apa?” Ujar Alia seakan tidak puas hati.
“Alah abang saja nak berbual dengan Alia takkan tak boleh?!” Balas Aiman dengan nafas yang termengah-mengah. “Alia, jom kita duduk kat atas batang pokok kayu tumbang tu.” Pinta Aiman ke Alia.

Alia memandang Aiman, dia tidak tahu kenapa dia boleh terserempak lagi dengan Aiman kali ni. Dia baru nak menikmati suasana pantai. Tiba-tiba dia diganggu dengan suara yang sering menyakitkan hatinya.

Aiman menarik lengan baju Alia, Alia tersentak dari lamunan. Alia hanya menurut sahaja. Mereka duduk di batang pokok kayu tumbang sambil menghirup udara yang nyaman. Kanak-kanak berlari bekejaran di tepi pantai. Mereka senyap dengan lamunan masing-masing.

Tiba-tiba “Hah!!” Mereka terkejut apabila disergah, Aiman memandang ke belakang. Dia melihat wajah adiknya Noraini. “Oo Abang buat apa kat sini dating ea.. hehehe” Ujar Noraini lalu duduk disebelah abangnya.
“Ain pergi balik la, kacau daun la dia ni” Ujar Aiman lalu menolak-nolak badan adiknya.
“Eh.. apa ni tolak-tolak, tak malu ke depan awek buat adik macam ni.. teruk betol!” Marah Noraini sambil berdiri mencekak pinggang.
“Alah Ain pergi balik la.. abang ada hal cikit nak cakap dengan kak Alia. Pinta Aiman seakan merayu kepada adiknya. Noraini hanya tersenyum dan beredar dari situ.



“Abang nak cakap apa tadi cakaplah.. Ujar Alia sambil menyelak rambutnya yang sudah menutupi dahinya.
“Abang nak ajak borak je dengan Alia. Ermm.. apa perkembangan terbaru Alia, kerja dekat mana sekarang ni?” Soal Aiman sambil menoleh kearah Alia.
Alia memandang Aiman, lalu dia memandang kehadapan semula. “Alia kerja dekat Kuala Lumpur, sebagai executive pemasaran”. Jawab Alia sambil tersenyum.
“Wah bagus tu, muda-muda lagi dah jadi executive hehe..he.” Aiman tergelak.
“Kenapa abang gelak?” Soal Alia seakan tidak puas hati.
“Tak dalah saje gelak takkan tak boleh” Mata Aiman memandang kana-kanak yang berlari dihadapan mereka.
“Abang..” Tegur Alia. Aiman tersentak dari lamunan lalu menoleh kearah Alia.
“Apadia?”
“Hari dah nak gelap, baik kita balik. Nanti apa pulak kata orang tua kita” Ujar Alia sudah pun berdiri dihadapan Aiman.
“Ok” Aiman berdiri dan mereka beriringan balik ke rumah masing-masing.



















Bab 3

“Kamu dah siap kemas barang Alia, jangan ada yang tertinggal pulak nanti” Ujar Mak Ngah berjalan kearah Alia. Ditangannya ada sebungkus plastik yang berisi pisang montel.
“Eh Mak Ngah, buat apa susah-susah..” Ujar Alia menyambut plastik yang berisi pisang itu.
“Mana ada susah Alia, ambil ajalah.. sayang Mak Ngah tengok, lagipun siapa yang nak makan. Budak-budak ni belum balik cuti lagi.. hehehe.. Ujar Mak Ngah tergelak.
“ Oo.. yelah diorang belum cuti semester lagi, Mak Ngah.” Ujar Alia sambil tangannya pantas melipat baju untuk di masukkan kedalam beg.
“Kamu balik nanti biar Pak Ngah hantar sampai ke stesen bas ye. Eh..Oh lupa Mak Ngah nak bagitau.. kereta Pak Ngah kamu masuk bengkel..” Mak Ngah menepuk dahi seraya teringat yang kereta suaminya dimasukkan ke dalam bangkel.
“Kamu boleh kan naik motor dengan Pak Ngah kamu, barang kamu tak banyakkan..” Ujar Mak Ngah mulai risau.
“ Alah Mak Ngah ni Alia ok aja, barang bukanya banyak pun.. motor pon motorlah hehehe.. “ Ujar Alia berjenaka. Mak Ngah Sudah terbahak-bahak ketawa. Pak Ngah yang baru naik dari tangga rumah, hanya memandang pelik melihat dua beranak itu ketawa.

“ Apa yang digelakkan tu” Ujar Pak Ngah mendekati mereka.
“He..he.. tak ada apalah bang” Ujar Mak Ngah yang ketawanya masih bersisa lagi.
“Ha, Mah buatkan air kopi” Ujar Pak Ngah lalu bersandar pada tiang ajung rumah. Peluhnya menitik di dahi. Alia memandang Pak Ngah sekilas. Dia terkenang bagaimana orang tua tu, membanting tulang empat kerat untuk membesarkan enam beranak termasuk dia.
            ‘Takkan aku lupa jasa Pak Ngah dan Mak Ngah yang telah membesarkan aku selama ni’ Bisik hati kecil Alia.
            “Dah kemas barang-barangnya lia” Ujar Pak Ngah sambil tangannya mengipas-ngipas dengan topi.
            “Dah Pak Ngah, Lia dah kemaskan” Alia tersenyum memandang Pak Ngah.
            “Tunggu sekejab erk, Pak Ngah nak mandi dulu, oh ye bas kamu pukul berapa Lia” Tanya Pak Ngah seraya bangun mencapai tuala yang tersangkut di tingkap rumah.
            ‘Alamak mampus aku, macamana boleh lupa beli tiket ni.’ Muka Alia mula mencerut.
            “Esok dah Isnin, mungkin ramai yang balik semula kebandar. Kalau kamu tak beli tiket susah kamu nak balik nanti, bukan apa takut tiket bas habis.” Ujar Pak Ngah berlalu kedapur.
            Mak Ngah yang baru datang dengan menatang dulang berisi air kopi hangat mula menyampuk perbualan mereka.
            “Betul tu Alia. Kamu dah beli tiket ke belum?” Soal Mak Ngah pula.
            “Alia.. terlupa Mak Ngah” Ujar Alia takut-takut.
            “Pulak dah.. ishh kamu ni..Nanti minta anak Cik Jariah hantarkan jelah, dengar kata dia pun kerja dekat Kuala Lumpur juga.
            “Ehh.. tak pelah Mak Ngah menyusahkan dia pulak nanti!” Ujar Alia menolak cadangan Mak Ngahnya. Alia naik gerun apabila Mak Ngah menyuruh dia menumpang dengan Aiman.








            “Alia, ambilkan helmet Pak Ngah” Pinta Pak Ngah dari tanah. Alia segera mengambil dua helmet yang tersangkut di tiang anjung. Dia berhati-hati menuruni tangga kayu di hadapan rumah. Pernah suatu ketika dahulu dia tersungkur ketanah akibat berlari-lari dikejar Angah. Akibatnya dagunya berjahit.
            Alia meraba-raba dagunya, ada bekas jahitan didagunnya.. lalu dia tersenyum. Helmet diulurkan ke Pak Ngah. Dia menyalami tangan Mak Ngah sambil meghulurkan sampul coklat kepada Mak Ngah.
            “Terima kasih, Ujar Mak Ngah. Lalu mencium pipi Alia.
           
            Alia dan Pak Ngah Salleh sudah sampai ke jalan keluar. Disepanjang jalan Alia terasa nyaman sekali apabila pipinya disapa angin petang. Dia melihat pokok-pokok getah dikiri jalan dan dikanannya pula ada sebatang sungai yang tenang. Tiba-tiba lamunanya terhenti.

            “Eh.. kenapa ni Pak Ngah” Ujar Alia apabila dia tersedar motor yang diboncengnya berhenti di bahu jalan.
            “Alamak.. Lia, motor Pak Ngah pancit ni Nak.” Pak Ngah memandang tayar motornya.
            Tiba-tiba ada sebuah kereta Mitsubishi lancer hitam menghampiri mereka. Cermin kereta diturunkan. Alia memandang dengan penuh debar.
            “Kenapa Pak cik. Salleh?” Soal Aiman dari tingkap terbuka.
            “Ni ha, motor pak cik tiba-tiba pancit pulak” Ujar Pak Ngah
            “ Eh Alia pun ada” Aiman terkejut gadis yang dipuja ada disitu. Aiman tersenyum.. seakan ingin mengenakan Alia. Manakala Alia mula resah apabila Aiman memandangnya. ‘Alamak takkan dia ni.. mesti ada niat tak baik ni.. senyum-senyum kambing pulak dah’ Alia memandang rumput.

            “Erm.. Pak cik Salleh, Alia ni nak kemana?” Soal Aiman memandang Alia seraya memandang Pak Ngah yang sibuk membelek-belek tayar motornya yang pancit.
            “Aku nak hantar dia ke stesen bas, eh kamu boleh hantarkan tak Aiman.” Soal Pak Ngah Salleh pulak. Alia memandang pak ngah mengerutkan dahinya mulutnya sibuk menyuruh Pak Ngahnya tidak perlu.
           
            “Boleh!” itu saje jawapan yang diberikan oleh Aiman. Hatinya berbunga  riang apabila Pak Ngah memberikan cadangan. Alia sudah mula geram dengan Pak Ngahnya. Manakala Pak Ngah Salleh hanya tersenyum kepada Aiman, seakan rancangan mereka berjaya.
            “Jaga diri elok-elok Lia, Ujar Pak Ngah dari luar. Alia memandang sayu. “Baik Pak Ngah!” Ujar Alia dari tingkap kereta. Lalu cermin tingkap dinaikkan dan kereta Mitsubishi Lancer hitam itu terus bergerak ke distinasi.

            “Maaflah menyusahkan abang pula.” Ujar Alia memandang Aiman disebelahnya.
            “Tak delah susahnya, Alia nak pergi Stesen bas ke?” Soal Aiman memandang sekilas pujaan hatinya disebelah.
            “Ha’ah” balas Alia.
            “Alah tak payahlah Lia, Abang hantar terus ke Kl lah.. lagipun kita satu distinasikan.” Cadang Aiman.
            “Ish abang ni Lia kata tak payah, tak payah la.” Tiba-tiba Alia naik berang.
Dia tidak suka Aiman yang suka memaksanya.
            Aiman terdiam apabila Alia memarahinya.

            Setibanya di Stesen Bas. Alia memandang Aiman. “Abang Alia, minta maaf tadi berkasar bahasa dengan abang” Ujarnya lalu keluar dari kereta. Aiman sedikit pun tidak menoleh kearah Alia. Selepas menurunkan Alia keretanya memecut laju keluar dari stesen Bas Batu Pahat.

             







Bab 4

“kak tiket bas ke Pudu pukul 6” Alia memandang sekelilingnya ramai yang mahu pulang berkerja esok.Harap-harap tiket ke Pudu masih ada lagi.
“Er..Cik, tiket ke Pudu hari ni semua habis.” Ujar Wanita di kaunter.
Alia memandang sayu wanita dihadapannya seraya tersenyum. “Erm.. tak pelah”
Dia berjalan ke kaunter yang berlainan. Semuanya sama habis. Alia mulai risau. ‘Nak call siapa ni.. takkan aku nak bermalam dekat Surau’ bisik hati Alia cemas.
            Aiman teringat sesuatu, “Aku rasa tadi Alia ada bawa beg plastik merah?” Bicara Aiman sendirian. “Ohh Pisang!!” Aiman baru teringat.
            Nasib baik dia belum masuk jalan lebuhraya lagi. Dia membelokkan keretanya semula ke Stesen Bas. Sesampainya dia disana, dia mengeluarkan beg plastik dari bonet keretanya. Dia mula mencari-cari kelibat Alia. ‘Minta-minta dia belum naik bas lagi’ Bisik hati Aiman.

            Aiman berjalan kekaunter yang berdekatan, lalu dia terpandang Alia yang duduk dibangku yang disediakan. “Em.. Alia”  Alia seraya memandang orang yang berada dihadapannya. “Abang” hanya sepatah perkataan yang terluncur di bibirnya.
            “Alia tertinggal pisang tadi dalam bonet kereta abang.” Ujar Aiman. Tangannya menghulurkan beg plastik merah yang berisi pisang montel. Alia menyambutnya.
            “ Terima kasih.” Ujar Alia
            “ Bas bertolak pukul berapa?” Tanya Aiman sambil memandang disekeliling Stesen bas Batu Pahat.
            “Ermm” Mulut Alia seakan terkunci untuk memberitahu bahawa tiket bas sudah habis.     
            “ Tiket bas habiskan!” Balas Aiman. “Buat apa Alia nak tipu abang, dah tentu hari ni ramai yang balik bercuti.” Aiman geram dengan sikap Alia yang sombong.
            “Ermm..”
            “ Dah jom naik dengan abang je, lagipun kita ni satu haluan.” Ujar Aiman lalu mengambil semula beg plastik. Alia hanya menurut dari belakang. Dia bukannya sombong tapi dia tak mahu menyusahkan Aiman.
           
            “Makkk.. ooo mak” Nuraini menjerit-jerit memanggil emaknya.
            “oii ada  apa? Mak kat bawah ni ha!” Balas Hajah Kamsiah. Dia memandang anak permpuannya berlari turun dari tangga.
            “ Ada apa?” Nuraini menunjukkan gambar yang dijumpai di bilik abangnya.
            “Ni ha!” Nuraini menghulukan sekeping gambar kepada Hajah Kamsiah. Hajah kamsiah tersenyum. Dia merenung gambar tu lama-lama. ‘Berkenan pulak aku dengan budak Alia ni, tapi Alia tu suka ka dekat Aiman tu?’ hajah Kamsiah mengeluh.
           
            “Kenapa mak, tak berkenan ke?” Ujar Nuraini lalu mengambil gambar tersbut dari tangan emaknya. ‘Bukan tak lawa, lawa lah jugak. Sesuai dengan abang aku yang handsome tu’ Nuraini senyum sendirian.
            “Bukan mak tak berkenan.. Nur., takut Alia yang tak berkenan dengan abang kamu tu. Yelah dulukan abang kau tu suka usik dia, dia tak suka la.” Hajah Kamsiah bangun dan terus naik ke atas.

            “Yeke kak Alia tak suka kat abang. Tapi hari sabtu tu tengok bukan main mesra lagi kat tepi pantai tu” Ujar Nuraini sendirian.






            Aiman memandu dengan tenang. Kelihatan Alia disebelahnya sudahpun lena. Dia keletihan kerana memandu sorang-sorang tiada teman berbual. Aiman menekan punat-punat di stereng keretanya. Lagu M Nasir berkumandang di corong radio. Aiman melayan lagu



***  tak de idea la... dah 5 bln tak sentuhh waaaa....





5 ulasan:

Panggil Aku Han berkata...

weee...han pun tak siap jugak...^_^

A retarded kitty berkata...

saya cadangkan akak duduk bertapa bawah air terjun

kekeke

Cik Kasih berkata...

sy punye dh siap..dh bace kerana seorang lelaki?huhu

naiemah_ramli berkata...

xpe...tenangkn dri dlu..kompom idea dtg t.. ^_^

YOUsoF berkata...

Ini pun dah dikira rajinnn.. ;)