17 Februari 2012

Negaraku Malaysia

Meh tgk cini.. member Tinie mase koje kilang dulu wat lagu Negaraku Malaysia..

Jommmmm Layannnnnnnn.........



dengar sini rakan-rakan semua 
Biggy big ben kini sedang bersuara
asal usul ku dari tanah Malaysia
negara yang aman makmur rakyatya bahagia 
Negara bersatu pelbagai bangsa
Melayu cina serta bangsa India
Tidak dilupa rakan dari sabah 
Dari sarawak kita berganding bahu bersama
tidak kira tua atau muda
tanah air ku berbilang kaum berbilang bangsa
dari Selatan menuju ke utara
ruang angkasa dan jaringan lebuhraya
segalanya berjalan lancar lancar lancar sempurna
segalanya indah indah indah mepersona
Kami satu Malaysia rakyat bersama sama
Kami cintai Negaraku Malaysia

Bangun pagi pastinya anda gosok gigi 
Jangan lupa cuci muka anda skali
pakai baju cantik selepas anda mandi
menuju ke warong atau gerai Pak Ali
Nasi lemak bungkus diatas meja
sudu diambil membuka selera
Teh tarik sampai anda teruja
Melihat jam anda terlewat lah sudah
Nasi ditelan begitu saja
Bil dibayar bertolak menuju tempat kerja
Kereta dinaiki kebanggaan negara
dibuat dan dipasang di negara tercinta
Radio dipasang kuat kuat kuat sekali
kedengaran suara Biggy Big Ben diudara...
Jejaka yang montel sangat mempersona
Yang amat bangga dengan negaranya Malaysia



Tiada ulasan: