22 Ogos 2014

My Secret Hotel Korean Drama

Salam semua.. ok kali ini Tini nak review sikit la satu lagi drama korea yang baru je bersiaran kat TVN. Drama ni bertajuk My Secret Hotel. Drama ni membariskan tiga orang pelakon terkenal antaranya 
Yoo In Na, Jin Yi Han dan Nam Goong Min (We got Married).

sumber google 

Nam Song Hyo (Yoo In Na) adalah seorang ketua perancangan perkahwinan di Hotel terkemuka di Korea. Sementara Gu Hae Young (Jin Yi Han) merupakan seorang arkitek yang dahulunya pernah berkahwin dengan Nam Song Hyo. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 100 hari sahaja.

Setelah tujuh tahun, mereka sekali lagi bertemu. Pada kali ini Nam Song Hyo terpaksa menghadapi cabaran besar apabila dia kena menguruskan perkahwinan bekas suaminya.

Manakala Nam Song Hyo telah menarik perhatian pengurus hotel Jo Sung Gyeom (Nam Goong Min) yang mempunyai karakter lemah lembut dan bertimbang rasa.

Pada hari perkahwinan tersebut satu kes pembunuhan telah berlaku dan perkahwinan Gu Hae Young terpaksa dibatalkan..... 

macamana ada rasa berminat tak nak tonton cerita ni..

3 ulasan:

Unknown berkata...

nice blog. akak datang follow. jom follow blog akak jugak. tq.

Unknown berkata...

ada jugak rs nk tgk sbb yoo in na berlakon..hr tu tgk emergency kapel sbb ji hyo berlakon...hehe

Anna Lee berkata...

wahh .. menarik ~ nak tengok xD