11 November 2014

Birth of a Beauty Korean Drama

Salam semua.. Hari ni tini nak kongsi ngan rakan bloger semua drama baru SBS. Birth of a Beauty. Macam menarik je tajuk cerita ni kan.. huhu.. Hero tini Joo Sang Wook berlakon lagi lepas Cunning Single Lady,


Sumber Soompi

Membariskan para pelakon yang hebat.. anataranya Joo sang Wook, Han Ye Seul, Jung Gyu Woon dan Wang Ji Hye.

Cerita ini mengisahkan Sa Geum Ran (Han Ye Seul) seorang wanita berbadan gempal yang sudah berkeluarga. Sa Geum Ran hidup menderita kerana selalu dibuli keluarga mertuanya. Pada satu hari, dia berasa pelik kerana suaminya yang berkerja di luar negara sebenarnya menetap di sebuah hotel di Korea. Untuk mendapatkan kepastian Sa Guem Ran telah pergi ke hotel yang diduduki suaminya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati suaminya Lee Gang Joon (Jung Gyu Woon) mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Sa Geum Ran berasa amat sedih lalu melarikan diri..Semasa dalam perjalanan dia telah terlibat dalam kemalangan, nasibnya agak baik apabila dia terselamat dalam kemalangan. Sa Geum Ran nekad bertemu dengan pakar pembedahan plastik. Disitu dia telah berjumpa Han Tae Hee ( Joo Sang Wook) seorang doktor pembedahan plastik.

Ha.. cukup sudah.. jom kite layan cerita ni.. pada setiap Sabtu dan Ahad.

2 ulasan:

Izzati Amira berkata...

cadangnya.. dah habis kuar kat tv baru tengok.. hehe. simpan dulu dalam list (:

SyUTiNiE berkata...

simpan ea hehe kalau ada yg baru nanti Tini bgtau Izzati